Connect with us

WOW

Hobi Kumpul Barang Kemas, Wanita Bangga Tayang Koleksi Emas Saiz Gergasi

Semua orang mempunyai minat dan hobi tersendiri. Minat dan hobi ini adalah ‘teman rapat’ dan menjadi ‘darah daging’ kita.

Begitulah seperti kisah dikongsikan oleh seorang ibu muda berasal dari Indonesia yang memiliki hobi mengumpul perhiasan yang kini mencecah harga ratusan juta rupiah.

Hobi kumpul barang kemas

Menerusi video di aplikasi TikTok milik @raeshamas, kelihatan wanita yang bertudung coklat cair memakai banyak perhiasan di tubuhnya.

Dia dilihat memakai rantai bersaiz gergasi, gelang besar di kedua tangannya, dan beberapa bentuk cincin yang membaluti semua jari-jemarinya.

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan ramai netizen teruja adalah apabila melihat kesemua perhiasannya itu diperbuat daripada emas!

Advertisement

Tak berniat riak, cuma kongsi hobi

https://www.tiktok.com/@raeshamas/video/6968860619390881025?sender_device=pc&sender_web_id=6953082593093699073&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Selain itu, wanita berkenaan turut mengakui tidak berniat untuk sombong atau riak tetapi ia merupakan hobinya dan sangat menyukai perhiasan.

Dalam perkongsian lain pula, wanita itu menunjukkan resit pembelian perhiasannya yang bernilai ratusan juta rupiah.

Bukti resit pembelian semua barang kemas miliknya

@raeshamas

Balas @prabu_macan_garong

♬ original sound – Raesha Mas – Raesha Mas

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan seakan tidak percaya melihat koleksi emas wanita terbabit. Pada masa yang sama, mereka turut memberi nasihat supaya jangan menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.

Zakat jangan lupa bayar

Jangan buat malu

Lebih baik sedekah kepada Palestin

Jangan lupa bersedekah

Hobi setiap orang berbeza… Kalau dah minat kumpul emas, apa salahnya betul tak? Asalkan beli guna duit sendiri tak menyusahkan orang lain.

Sumber: TikTok @raeshamas

 

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending