Inspirasi
Hidup Sebatang Kara, Nenek Buta 71 Tahun Jual Roti Tampung Belanja Harian

Bekerja merupakan satu tanggungjawab yang semestinya dilakukan oleh setiap individu yang mempunya kemampuan kudrat bagi meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, tiada alasan untuk seseorang yang sihat untuk mencari wang bagi menyara diri.
Buta bukan alasan
Pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ini sememangnya bersesuaian dengan satu perkongsian daripada laman Facebook Thailand, I AM EAT yang menceritakan perihal kegigihan seorang nenek buta berusia 71 tahun menjual roti untuk menampung kehidupan seharian.
Hidup sebatang kara
Menerusi sumber, nenek tersebut yang dikenali sebagai Aunty Nid akan menaiki bas diawal pagi sambil membawa roti-roti untuk dijual ke tempat jualannya.
Aunty Nid yang buta kedua-dua mata sememangnya sangat kental mencari rezeki kerana hidup sebatang kara selepas makciknya meninggal dunia.
Selesaikan semua urusan sendirian
Aunty Nid telah melakukan semua urusan berkaitan jualan rotinya sendiri walaupun tidak dapat melihat seperti orang lain. Dia akan membuat tempahan kemudiannya mengambil roti daripada pembekal dan seterusnya menjual roti-roti itu seorang diri.
Jual murah untung sikit
Tambahnya lagi, Aunty Nid hanya menjual roti tersebut dengan harga 50 Bhat iaitu kira-kira RM 6. 84 dan hanya mengambil untung sebanyak 5 Bhat sahaja (RM0.68).
Warga emas itu juga mengakui bahawa selalu sahaja ditipu semasa berjualan roti hanya kerana dia tidak mampu melihat dan juga tiada kudrat untuk menghalang.
Kisah inspirasi tersebut sememangnya harus diteladani oleh setiap lapis masyarakat kerana tiada alasan untuk kita dalam mencari rezeki yang halal. Semoga perniagaan Aunty Nid terus maju dan ramai yang dapat membantunya melariskan roti yang dijual.
Sumber : I AM EAT

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit