Connect with us

Inspirasi

Hidup Sebatang Kara, Hari Lahir Mualaf 85 Tahun Dirai Meriah Komuniti Masjid

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita lanjut usia yang kembali ke agama fitrah dengan memasuki Islam pada 20 Disember 2019.

Mengucap dua kalimah syahadah pada usia 84 tahun, perjalanan Islam Mariam Revert telah menjadi inspirasi kepada semua.

Perjalanan Islam yang indah

Dia yang sudah berusia emas ini masih gigih belajar mengenai Islam dari hari ke hari dan jurnal perjalanan Islamnya telah dimuat naik ke Instagram oleh seseorang.

https://www.instagram.com/p/B8COJidpz7m/

Sambut hari lahir selepas dua bulan bergelar Muslim

Pada hari Sabtu Yang lepas, Mariam telah menyambut ulang tahun yang 85 iaitu kira-kira dua bulan selepas bergelar Muslim.

Dia telah dirai oleh komuniti Muslim di masjid berhampiran kediamannya dalam suasana sederhana namun meriah. Dapat dilihat wajah ceria Mariam apabila menyambut hari lahirnya yang pertama selepas bergelar seorang Muslimah.

https://www.instagram.com/p/B8bB3HEpg4-/

Beriya-iya mahu puasa sunat

Setakat ini, Mariah terlihat begitu gigih melancarkan ucapan syahadah dan dia seakan gembira dengan pengislamannya itu.

Dia juga sedang berlatih puasa serta bersemangat dengan apa yang dilakukan sekarang.

https://www.instagram.com/p/B8hV5MZp8_d/

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian di laman sosial berkenaan penghijrahan Mariam, rata-rata warganet bersetuju betapa indahnya kisah perjalanan Muslim Mariam.

Hari demi hari, ada sahaja ilmu baru yang dipelajari. Walaupun sudah diusia emas, dia tetap berusaha menjadi Muslim yang baik hanya kerana sudah jatuh hati dengan Islam.

Sumber : mariam_revert

Continue Reading
Advertisement

Trending