Connect with us

WOW

Hidup Bergelandangan, Kanak2 Tidur Di Kaki Lima Lindung Diri Dari Basah Hujan

Bukan semua individu diatas muka bumi ini dapat merasai keberuntungan hidup dalam keadaan bahagia dan selesa. Ada yang hanya mampu hidup secara bergelandangan kerana tidak mampu untuk menyediakan tempat tinggal untuk keluarga.

Seharusnya kita bersyukur mempunyai tempat berlindung walaupun tidaklah begitu mewah. Hal ini kerana masih ada insan yang terpaksa bersesak di kaki lima untuk berlindung daripada hujan dan terik matahari.

Tidur alas rantai ramai2

Hal ini dapat dilihat menerusi satu perkongsian video yang diperoleh daripada Twitter seorang pengguna laman sosial tersebut. Melalui video yang berdurasi 22 saat itu jelas menunjukkan kanak-kanak tidur dikaki lima sewaktu hujan turun.

Pemandangan yang begitu mengharukan ditambah lagi apabila ada bayi yang hanya berbaju namun tidak berseluar tidur tanpa mengendahkan suasana yang basah disebabkan hujan.

https://twitter.com/_SJPeace_/status/1193183081416577026

Tak endah langsung cuaca hujan

Mereka seakan tidak menghiraukan suasana persekitaran yang tidak selesa itu asalkan dapat berehat dan berlindung daripada cuaca kurang baik.

Situasi sebak tersebut juga semakin dirasai apabila terkenangkan betapa beruntungnya mereka yang hidup dalam serba lengkap namun mensia-siakan kesenangan tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Hal ini berikutan ramai lagi manusia di atas muka bumi ini yang hidup serba kekurangan sehinggakan tidur pun hanya beralaskan lantai kaki lima semata-mata.

Sumber : Stance Grounded

Continue Reading
Advertisement

Trending