Connect with us

Inspirasi

Hidap ‘Down Syndrome’ Tak Halang Gadis Asal Jordan Ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang terpilih. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghafal bait-bait ayat indah itu jika kita tidak menekuninya.

Berjaya hafal al-Quran

Namun, ia tidak juga susah andai ada kemahuan dan juga semangat yang tinggi untuk melazimi kitab suci tersebut. Hal ini samalah seperti seorang gadis dari Jordan yang berjaya menjadi seorang hafizah apabila menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Lebih menarik lagi, gadis tersebut yang dikenali sebagai Rawwan Dwaik merupakan insan istimewa kategori down syndrome.

Wanita down syndrome pertama bergelar hafizah

Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook milik Umm Jamaal ud-Din, Rawwan Dwaik merupakan wanita down syndrome pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah dan hal tersebut sangat mengembirakan ramai.

Menurut perkongsian daripada ibunya di laman web primetimezone.com, wanita itu memaklumkan bahawa Rawwan mengambil masa 7 tahun untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya melakukannya pada pada 29 Ramadan tempoh hari.

Advertisement

Lazimi 3 kali sehari baca al-Quran

Bagi memastikan dia betul-betul menghafal, ibunya telah membawa Rawwan ke beberapa orang Sheikh serta guru bagi mengujinya untuk beberapa bahagian.

Akhirnya gadis tersebut berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan bergelar seorang hafizah.

Menurut ibunya lagi, Rawwan membaca al-Quran sebanyak 3 kali sehari dan melaziminya sejak kecil dan memaklumkan bahawa al-Quran adalah penyuluh hidupnya.

Dapat ucapan tahniah daripada warganet

Sehubungan dengan itu, sejak beberapa hari lepas, ucapan tahniah telah diterima oleh gadis berkenaan di media sosial yang gembira dengan kejayaannya menghafal kalam Allah itu.

Advertisement

Sumber: Twitter, FB Umm Jamaal ud-Din, FB primetimezone.com

 

Continue Reading
Advertisement

Trending