Connect with us

Infozon

Hiburkan Hati Penat Bertugas, Abam2 Bomba Ceria Nyanyi Lagu Raya Di UKM

Umum sedia maklum bahawa kerajaan telah mencari inisiatif dengan membawa pulang para pelajar yang terkandas di institusi masing-masing.

Sebelum dibawa pulang, mereka telah melakukan saringan serta beberapa langkah yang memastikan mereka bebas dari menjadi agen pendemk Covid-19.

Mereka telah diawasi dan diuruskan oleh beberapa agensi keraajaan termasuklah barisan anggota bomba.

Lagu raya hibur hati

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di Facebook dikenali sebagai Zairul Najmi, dia telah memuat naik satu video abang-abang bomba menyanyi girang semasa menguruskan para pelajar untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

https://www.facebook.com/zairulnajmi96/posts/1868208763309531

Masing2 semangat nyanyi lagu raya

Mereka terlihat begitu bersemangat dan momen tersebut membuatkan suasana yang agak suram bertukar ceria. Video yang diperoleh daripada seorang petugas di Universiti Kebangsaan Malaysia itu telah tular dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet.

Terharu bercampur sebak

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terhibur melihat gelagat anggota bomba yang sama-sama menghidupkan suasana ceria disamping berhibur selepas seharian penat bertugas.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjadi barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Kita kena hargai barisan hadapan kita

Rasa sedih pulak lihat mereka kena bertugas

Sumber : Dmm Muslizainun, Zairul Najmi

 

Continue Reading
Advertisement

Trending