Connect with us

WTF

Hati Cikgu2 Remuk, Anak Murid Berani Hebah Tak Endah ‘Online Class’ & Kerja Sekolah

Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar, pembelajaran secara atas talian ketika PKP adalah antara cabaran besar cikgu-cikgu bagi memastikan kelas dan silibus pembelajaran berterusan walaupun krisis kesihatan melanda negara serta dunia hari ini.

Kementerian Pendidikan juga dilihat telah menyediakan garis panduan untuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar untuk menjalankan pembelajaran atas talian kepada pelajar semasa PKP, terutama melalui portal pembelajarannya. Platform serta alat komunikasi seperti Google Classroom dan Microsoft Team digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Tergamak tau korang…”

Di Twitter, salah seorang tenaga pengajar meluahkan kekesalannya terhadap para pelajar sepanjang PKP dan pembelajaran atas talian ini berlangsung.

Malah, bertambah mengecewakan apabila para pelajar tanpa segan silu dan berani memuat naik status-status di laman Twitter yang sememangnya mengguris hati para pengajar apabila membacanya.

“Sangat menduka citakan, bukan senang nk buat online

learning…”

Ada yang sanggup keluar group kelas!

Cikgu berkenaan turut menyertakan sekali tweet para pelajar yang berbaur sangat berani tidak mengendahkan arahan yang telah diberikan oleh guru mereka sepanjang PKP berlangsung.

Akhlak dan perlakuan seperti ini sudah semestinya amat mendukacitakan!

Ada yang langsung tak kisah pasal kerja…

“Lupakan kerja yang bagi, maafkan kalau ada tak siap…”

Ada yang tak masuk classroom, ada yang buat2 tak tahu

Sewajarnya ini yang patut berlaku…

Pandangan segelintir ibu bapa pula…

Perlakuan yang ditonjolkan oleh anak-anak muda ini sudah semestinya sangat membimbangkan para pengajar mereka. Diharapkan para pelajar dapat menghargai segala usaha dan titik peluh cikgu-cikgu demi memastikan anda semua tidak ketinggalan sepanjang PKP dilaksanakan.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending