Connect with us

Inspirasi

Harap Covid-19 Berakhir! Banduan Khatam Al-Quran 25 Kali Dalam Masa Sebulan

Penghuni Penjara Marang memanfaatkan tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyertai program khatam al-Quran sejak 18 Mac lalu.

Lebih mengagumkan apabila 60 penghuni itu berjaya mengkhatam al-Quran sebanyak 25 kali sepanjang tempoh tersebut yang dijalankan secara berterusan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari setiap hari.

Pengarah Penjara Marang, Wan Sani Ab Latiff berkata mereka juga mengerjakan solat hajat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap kali selepas Maghrib di bilik masing-masing.

Bagaimanapun, tiada paksaan bagi penghuni untuk menyertai program tersebut sebaliknya mereka secara sukarela ingin melakukan ibadah pada Allah SWT sekaligus bagi meredakan penularan wabak Covid-19.

Salah seorang banduan Pok Ya (bukan nama sebenar) berkata, tiada apa yang boleh dilakukan selain berdoa dan menyertai program keagamaan agar kemakmuran masyarakat di luar sentiasa terpelihara.

Seorang lagi banduan Madi, (bukan nama sebenar) berharap agar wabak tersebut segera lenyap dan ahli keluarga boleh melawat penghuni seperti biasa.

Sumber : BH Online

Continue Reading
Advertisement

Trending