Connect with us

WOW

Haramkan Penjualan Topeng Muka, Kerajaan Turki Beri Rakyat ‘Mask’ Percuma

Ketika wabak pandemik COVID-19 ini melanda dunia, sudah semestinya keluh kesah rakyat bakal menjadi keutamaan setiap kerajaan. Kerajaan setiap negara mempunyai strategi dan jalan penyelesaian yang tersendiri bagi membendung wabak COVID-19 ini terus menular dalam negara mereka.

Bagi negara Turki, kerajaan mula membuat inisatif dengan mengedarkan topeng muka secara percuma kepada rakyatnya bagi untuk membendung penyebaran COVID-19 di sana. Warganegara boleh memohon topeng percuma melalui laman web e-dagang perkhidmatan pos negara megara.

Malah minggu ini, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah membuat satu pengumuman yang mengatakan bahawa individu tidak dibenarkan memasuki kedai dan pasar tanpa memakai topeng muka.

 

Kementerian Kesihatan Turki serta Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur memutuskan untuk bekerjasama dalam pengagihan topeng percuma tersebut.

Kerajaan Turki telah melaksanakan Perintah Berkurung Separa di negara itu buat mereka yang berumur 20 tahun ke bawah, dan 65 tahun keatas bagi membanteras wabak tersebut.

Turki telah mengesahkan  649 kes kematian daripada jumlah keseluruhan sebanyak 30,217 kes. Daripada itu, seramai 1,326 sudah sembuh daripada terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19

Sumber: AA.

Continue Reading
Advertisement

Trending