Connect with us

Inspirasi

Hanya Terlantar Di Katil, Kanak2 7 Tahun Hidap Sakit Kronik Mahu Jadi Hafiz Al-Quran

Baru-baru ini, kisah seorang kanak-kanak istimewa bernama Muhammad Denda Setiawan menjadi tular di serata media Indonesia.

Kisahnya mencuri perhatian ramai kerana di usia seawal 7 tahun, anak kecil itu telah diuji dengan penyakit Hidrosefalus.

Untuk pengetahuan semua, Hidrosefalus merupakan penyakit di mana terdapat lebihan cecair menekan otak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.

Keadaan ini sering terjadi di kalangan bayi dan individu berusia. Simptom utamanya adalah pembesaran kepala pada bayi, seperti apa yang berlaku pada Denda.

Selain itu, pesakit turut mengalami sakit kepala, gangguan penglihatan, gangguan kognitif serta koordinasi.

Apa yang lebih mengharukan mengenai kisah Denda adalah apabila anak kecil tu mengadu mengalami sakit kepala, dia akan meminta ibunya untuk memeluk dirinya sambil berselawat.

Advertisement

Namun begitu, biarpun hanya terlantar di atas katil sehingga tidak mengizinkan dirinya untuk ke sekolah seperti kanak-kanak seusia lain, Denda bercita-cita untuk menjadi seorang Hafiz al-Quran.

Disebabkan pergerakan yang terbatas, setiap hari Denda bersemangat belajar mengaji dan menghafal al-Quran bersama ibu tercinta di rumah.

Difahamkan lagi, si ayah hanya bekerja sebagai buruh pembinaan.

Walaupun meraih pendapatan cukup-cukup makan setiap hari, si ayah sanggup membanting tulang demi membiayai rawatan anaknya.

Namun begitu sehingga kini, si ayah hanya mampu membawa Denda berubat secara tradisional dek kerana bayaran rawatan hospital terlalu mahal.

Advertisement

Semoga Allah memberi kesembuhan terhadap adik Denda. Amin. 

Sumber: Indozone

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending