Inspirasi
Hanya Nak Roti Canai & Teh Tarik, Antara ‘Wishlist’ Anak2 Yatim Di Rumah Kebajikan

Umum sedia maklum bahawa mana-mana syarikat pastinya mempunyai satu dana bagi melakukan Corporate Social Responsibility (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan.
Salah satu golongan yang akan dibantu adalah anak-anak yatim. Pelbagai program akan diadakan bersama mereka dan tentu sahaja ia menyeronokkan kerana dalam kita membantu, dapat kita berkenalan dengan kanak-kanak ini.
Sebak tengok wishlist anak2 yatim
Namun begitu, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun ariffhm, dia telah memaklumkan satu perkara yang begitu menyentuh hati ketika isterinya terlibat dengan CSR bersama anak yatim.
Apa yang menyedihkan, mereka telah menyenaraikan apa yang mereka teringin untuk makan dan dapatkan ketika itu.
Dalam senarai tersebut, mereka kebanyakkannya hanya mahukan makanan biasa sahaja seperti susu, teh tarik, roti canai, coklat,botol air dan minuman dalam tin.
Kecil dimata kita, besar bagi mereka
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut turut mengakui sebak apabila melihat wishlist yang pastinya boleh kita dapati dengan mudah berbanding mereka yang hanya mampu teringin sahaja dan sukar untuk mendapatkannya jika tiada siapa yang sudi membelikan.
Diorang takde nak mintak fast food atau boba tea pun
Belajar jadi miskin, kau akan hargai dunia
Boleh sama2 membantu
Oleh itu, dia juga telah menyeru agar orang ramai yang berkemampuan dan sudi menghulurkan sedikit sumbangan kepada pertubuhan tersebutbagi memastikan nasib anak-anak yatim ini terus terbela dan mendapat perhatian secukupnya dari kita semua.
Sumber : ariffhm

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit