Connect with us

Infozon

Hanya Mampu Lihat, Warga Emas Cari Barang Di Rak Kosong Pasaraya Cetus Hiba

Dunia seakan kelam-kabut setelah wabak Covid-19 menular hingga meragut ribuan nyawa. Banyak negara telah mengenakan sekatan kawalan pergerakan dan juga kuarantin bagi membendung gejala ini dari terus menular.

Langkah kerajaaan dalam meminta agar setiap rakyat di negara masing-masing supaya tidak terlalu panik nampak kurang diendahkan sehingga pasaraya habis diserbu berikutan ingin mendapatkan bekalan makanan dalam tempoh kuarantin tersebut.

Tindakan berpusu-pusu dan mementingkan diri sendiri ini sememangnya memberi kesan buruk kepada beberapa golongan disamping mengundang risiko Covid-19 makin terus menular.

Tiada apa yang tinggal

Dalam beberapa gambar yang diperoleh daripada media sosial, kelihatan situasi sayu apabila ada warga emas yang seakan terpinga-pinga kerana tidak dapat membeli barang keperluan disebabkan rak barangan di pasaraya bersih.

Terpinga-pinga depan rak kosong

Jelas sekali warga emas itu hanya berdiri di hadapan rak kosong sambil ditangannya belum membeli apa-apa lagi barangan kerana bekalan makanan di pasaraya sudah habis diborong individu yang melakukan pembelian panik.

Tidak semua insan itu berdaya dan mampu untuk membeli dalam kuantiti yang banyak serta berebut-rebut dalam mencari keperluan. Jadi, setiap individu seharusnya sedar dan tidak melakukan pembelian panik ekoran daripada Covid-19 kerana bekalan makanan sudah dimaklumkan cukup.

Bertimbang rasalah kepada golongan yang kurang berkemampuan kerana mereka juga memerlukan barangan makanan dalam menghadapi isu Covid-19 ini.

Sumber : Helena Ellis, Muslim Of The Word

 

Continue Reading
Advertisement

Trending