Connect with us

Infozon

Hanya Doktor Layak Cakap Pasal Penyakit? Pelajar Farmasi Berang di Twitter

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Siti Hawa telah dikecam teruk apabila netizen mempertikaikan kelayakan yang dimiliki olehnya untuk mengulas tentang penyakit HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut).

Namun, isu ini masih lagi diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter, @wajihahzaki telah memuat naik gambar screenshot chat daripada dua individu lain yang membincangkan perbezaan antara ahli farmasi dan doktor.

Menurut Wajihah, dia meluahkan rasa tidak puas hati setelah mendapati masih ada lagi segelintir memandang rendah terhadap kerjaya sebagai ahli farmasi.

Farmasi tu kerja kenalpasti penyakit ke?

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Wajihah, individu yang menggunakan nama @aaliaimani cuba mempertikaikan skop kerja farmasis malah turut mengatakan orang ramai lebih mempercayai doktor berbanding mereka yang hanya mengetahui jenis ubat-ubatan sahaja.

Skop farmasis & doktor lain kan?

Meh sini akak terangkan…

Berikutan itu, Wajihah sendiri tampil menerangkan skop kerja dan ilmu yang dipelajari oleh ahli farmasi dengan lebih ringkas, tepat dan mendalam.

Cuba la pergi belajar bidang farmasi…

Tidak cukup dengan itu, salah seorang pelajar dalam bidang farmasi turut berkongsi pendapat dengan mengatakan individu yang banyak bersuara perlu mempelajari ilmu berkenaan terlebih dahulu.

Sumber : @wajihahzaki

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending