Connect with us

Infozon

Hanya Catat 740 Kematian, Gabenor Florida Buka Semula Pantai Jacksonville

Kerajaan disetiap kini sedang mengatur langkah yang terbaik demi keselamatan rakyat mereka. Tetapi, pasti sahaja terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan perintah dan inisiatif yang telah diusulkan oleh kerajaan mereka.

Lain pula yang terjadi di negeri Florida yang teretak di Amerika Syarikat. Penduduk tempatan hari ini dilihat memenuhi dan bersiar-siar di sekitar kawasan pantai Jacksonville. Ia telah dibuka semula kepada orang awam pada hari jumaat petang yang lalu.

Hal ini terjadi setelah gabenor Florida mengumumkan pembukaan semula beberapa buah pantai dan juga taman di sekitar Jacksonville, Florida. Negeri itu dikatakan hanya mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi pada 14 April 2020, dan setakat ini mempunyai 740 kematian.

Orang ramai bersorak dan membanjiri pantai ketika polis menurunkan halangan di sekitar kawasan tersebut. Malah, disaat wabak ini masih lagi menular diseluruh dunia, rakyat tempatan dilihat berseronok melakukan aktiviti seperti berenang, berbasikal, berlari-lari dan memancing tanpa mengenakan sebarang penutup mulut.

Malah sebilangan penduduk memnyatakan bahawa tidak dapat pergi ke pantai adalah satu penyiksaan buat mereka. Pantai ini akan dibuka pada dua sesi iaitu dari jam 6 hingga 11 pagi dan dari jam 5 petang hingga 8 malam pada setiap hari.

Advertisement

Namun, aktiviti seperti berjemur atau aktiviti berkumpulan tidak akan dibenarkan di pantai pada waktu larangan dan barangan seperti tuala, selimut, kerusi, penyejuk dan gril tidak akan dibenarkan untuk dibawa.

Sumber: CNN.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending