Connect with us

Inspirasi

Hanya Singgah 23 Minggu Dalam Rahim Ibu, Bapa Ulang Kali Kucup Jenazah Anak

Setiap pasangan suami isteri, cahaya mata adalah penyeri dalam kehidupan berumah tangga. Justeru, kelahiran anak daripada perkahwinan yang disemai penuh kasih sayang adalah yang paling dinantikan.

Namun, rezeki itu hanya Tuhan yang berhak memberi dan Dia juga yang berhak menariknya semula. Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhammad Rafieuddin Zainal, berkongsi pengalamannya menguruskan jenazah bayi 23 minggu.

Terpaksa dilahirkan awal, kandungan ada masalah

Bayi tersebut terpaksa dilahirkan awal, berikutan ibunya mempunyai komplikasi ketika mengandung. Justeru, anak dalam kandungan hanya mampu hidup selama 23 minggu dalam rahim ibu.

Berulang kali kucupan ayah, berat hati melepaskan

Bercerita dengan lebih lanjut, jasad bayi itu cukup sempurna dengan beratnya hanya 500 gram sahaja. Ketika proses pengebumian, suasana bertambah sayu apabila dilihat si ayah berulang kali mencium jasad kecil anak sulungnya.

Kucupan itu seakan-akan tidak mahu melepaskan anak yang telah dinanti. Akan tetapi, siapalah kita mahu menidakkan qada’ dan qadar Tuhan.

Semoga ibu dan ayah bayi ini diberikan ketabahan dan kesabaran, yakinlah dengan ketentuan Tuhan. Anak itu sekarang sudah menjadi penghuni syurga yang abadi.

Sumber : Muhammad Rafieuddin Zainal

Continue Reading
Advertisement

Trending