Connect with us

Inspirasi

Hanya Ada RM270, Nenek Gigih Beli Telefon Pintar Agar Cucu Dapat Hadiri kelas ‘Online’

Bagi menghalang penularan Covid-19, kebanyakkan negara masih lagi dalam perintah berkurung. Justeru, sekolah-sekolah masih lagi tidak dapat dibuka.

Namun, untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan, guru menggunakan inisiatif membuat kelas dalam talian. Akan tetapi, tidak semua dalam kalangan pelajar berpeluang mempunyai kemudahan telefon pintar atau komputer untuk menghadiri kelas online.

Gunakan semua duit agar cucu dapat pendidikan

Oleh itu, seorang nenek di Thailand bertekad mengumpul wang semata-mata mahu membelikan telefon pintar buat cucunya, agar dapat turut serta dalam kelas online seperti pelajar lain.

Menerusi perkongsian di Facebook pemilik kedai telefon, nenek itu yang hanya ada sebanyak RM270 ringgit telah bertanya kepadanya, jika masih terdapat telefon pintar yang boleh dibeli dengan harga tidak lebih daripada jumlah yang dimilikinya.

Cabaran buat pelajar susah

Jelas pemilik kedai tersebut, meskipun nenek itu dapat membeli telefon pintar berkenaan, namun dia masih perlu memperuntukkan wang untuk melanggan internet setiap bulan.

Buat pelajar yang berkemampuan, tiada kengkangan buat mereka untuk meneruskan inisiatif E-Learning atau pembelajaran dalam talian, namun buat pelajar yang datang daripada keluarga susah ia adalah satu dugaan buat mereka.

Sumber : WOB

Continue Reading
Advertisement

Trending