Connect with us

Infozon

Hanya 5 Orang Sahaja Solat Terawih, Bacaan Sayu Imam Masjid Negara Bikin Sebak

Semalam merupakan hari pertama umat Islam mendirikan solat sunat terawih bersempena bulan Ramadan. Umum sedia maklum bahawa tiada aktiviti solat secara berjemaah di masjid ataupun surau ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakkan.

Hanya 5 orang di Masjid Negara

Susulan daripada itu, Masjid Negara iaitu masjid yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai menunaikan solat terawih pada tahun-tahun sebelumnya lengang dan hanya 5 orang petugas sahaja yang solat didalamnya.

(((LIVE))) Solat Sunat Tarawih dari Masjid Negara( Malam Pertama)Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan:🔸 YBhg. Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani al-Hafiz(Surah Al Baqarah ayat 1 – 69)Muazzin bertugas:YBhg. Ustaz Muhamed Shukri bin Che Soh📆 Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)🕌 Tempat: Masjid Negara Malaysia #Masjid Negara Malaysia#Sahabat Kuliah Masjid Negara#Bahagian Dakwah, Jakim#JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia#KuliahDiRumah#SolatDiRumah#Ramadhan#MusaadahCOVID19⏮️Instagram⏭️https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

Posted by Masjid Negara Malaysia on Thursday, April 23, 2020

Bacaan surah undang sebak

Pastinya sesiapa yang menonton siaran langsung solat terawih itu dapat mendengar dengan jelas bacaan surah-surah disetiap rakaat oleh imam yang bertugas.

Perasaan sebak dirasai kerana melihat masjid yang pada asalnya penuh menjadi sepi disebabkan pendemik Covid-19.

Hapuskanlah Covid-19 dengan segera ya Allah

Rata-rata warganet yang menonton siaran langsung solat Terawih di Facebook Masjid negara telah meninggalkan komen mengakui bahawa berasa sedih melihat kondisi tersebut.

Mereka juga berharap agar pendemik Covid-19 ini akan cepat berakhir supaya aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Marilah kita sahut seruan solat dirumah

Cukup imam & bilal di masjid asalkan tak sunyi

Sumber : Masjid Negara

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending