Connect with us

WTF

Hantar 1 Juta Jin, 30 Bomoh Indonesia Bersatu Serang Zionis Israel Guna Sihir

Konflik antara rakyat Palestin dan rejim Zionis Israel semakin hari semakin ‘panas’ dengan keua-dua belah pihak berbalas serangan bom dan roket.

Sedang masyarakat dunia memberi perhatian terhadap isu tersebut, seorang YouTuber Indonesia menunjukkan sesuatu ‘sokongan’ luar biasa dan dianggap lucu tambahan lagi apabila ia tidak terjangkau dek akal manusia normal.

Baru-baru ini, Kang Ujang Busthomi cirebon berkongsi cerita bagaimana bomoh di Indonesia membantu Palestin melawan Israel.

Untuk pengetahuan korang, Kang Ujang Busthomi atau turut dikenali sebagai Ustaz HM Ujang Busthomi merupakan seorang pendakwah bebas yang terkenal di Indonesia.

Nak dijadikan cerita, dia telah berkunjung ke salah satu kawasan di Indonesia untuk menyaksikan ritual bomoh menghantar sihir dan roket ghaib ke Israel.

Advertisement

Wakil bomoh Nusantara hantar jin serang Israel

Menerusi video yang itu, Kang Ujang menyatakan bahawa dia telah menerima jemputan daripada sekumpulan bomoh berkenaan,

Ketika lelaki itu bertanya apa yang sedang dilakukan mereka, wakil bomoh itu berkata bahawa mereka mewakili bomoh nusantara untuk membantu Palestin.

Sihir ambil masa 2 hari sampai ke Israel..

Selain itu, bomoh terbabit turut memaklumkan mereka berniat untuk menyerang Israel secara ghaib dan sihir tersebut mengambil masa selama 2 hari untuk tiba di Israel.

Bukan itu sahaja, mereka juga menghantar jin untuk menjaga Palestin daripada dibedil bom rejim zionis Israel.

Advertisement

Video itu menjadi tular di serata laman sosial apabila seorang netizen Malaysia berkongsi ke laman Twitter miliknya.

Rata-rata netizen yang menonton meluahkan rasa terhibur dan memberi reaksi lucu setelah melihat video berkenaan. Malah, ada yang sempat berseloroh, bagaimana agaknya ‘syaitan’ berlawan dengan ‘syaitan’ nanti?

Advertisement

Menangislah orang2 Israel jumpa Genderuwo malam2

Bukti keberkesanan bila Netanyahu tetiba berbahasa Indonesia

Berkesan ke? Israel kan member2 syaitan juga

Mesti ramai orang Israel buat live paranormal nanti

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton sebanyak lebih 600,000 kali dan meraih 29,000 tanda suka di laman sosial YouTube.

Sumber: The Vocket (Aiman Nazirmuddin), YouTube Berita Tetangga

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending