WTF
Hancur Tertusuk Peluru Israel, Mata Wartawan Terpaksa Dibuang

Wartawan jurugambar Palestin yang ditembak sebelah mata oleh tentera Israel ketika membuat liputan di Tebing Barat pada Jumaat lalu selamat menjalani pembedahan bagi membuang sebahagian mata kirinya.
Mangsa Muath Amarneh sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Hadassah, Baitulmuqaddis selain puluhan kenalan rapat turut mengambil kesempatan untuk menziarahi wartawan tersebut.
Malah tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila lelaki berusia 35 tahun terbabit masih diberi peluang untuk melihat kehadiran isteri dan anak-anaknya di depan mata.
Beberapa keping gambar wartawan tersebut bersama keluarganya dikongsi di laman media sosial dan kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Muath segera sembuh.
https://www.instagram.com/p/B5DTObhFzo1/
https://www.instagram.com/p/B5BBTG7FomG/
Walaupun kesakitan ditembak peluru hidup masih dirasai, namun dia kelihatan mampu tersenyum gembira disamping insan tersayang.
Terdahulu, Muath ditembak ketika membuat liputan demonstrasi di lokasi kejadian dengan memakai jaket kalis peluru beserta tanda anggota media dan topi keledar.
Sumber : 972 , Facebook , Instagram

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit