Connect with us

Infozon

Hampir Bersalin Di Penjara Israel, Wanita Palestin Selamat Timang Bayi Lelaki

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita Palestin dikhabarkan bakal bersalin seorang diri di dalam penjara Israel selepas pihak Zionis menolak rayuannya untuk melahirkan anak kedua di hospital.

Dibebaskan pada 2 September

Atas desakan dunia dan juga tekanan yang hebat dari masyarakat Palestin, akhirnya Anhar Al-Deek telah dibebaskan oleh pihak Israel pada minggu lalu selepas hampir 6 bulan dipenjarakan.

Selamat melahirkan anak lelaki

Sebentar tadi, khabar gembira telah diterima apabila Anhar, 25 dimaklumkan sudah selamat bersalin anak keduanya di hospital. Dia dan suami menimang cahaya mata lelaki dan menamakan bayi tersebut Ala’.

Perkara itu tular di media sosial apabila beberapa media tempatan seperti In Palestin Today berkongsi gambar bayi Anhar yang berada dalam keadaan sihat.

Akan meneruskan tahanan rumah selepas ini

Dapat dilihat Anhar tersenyum saat menggendong bayinya yang baru dilahirkan. Walau bagaimanapun, wanita tersebut akan terus menjalani tahanan rumah selepas ini di Palestin.

Sehubungan dengan itu, Anhar Al-Deek telah menerima ucapan tahniah dari warganet di seluruh dunia diatas kelahiran anak keduanya.

Mereka juga mendoakan agar Ala’ membesar menjadi anak yang hebat dan soleh serta berbakti untuk ibu bapanya.

Sumber: Twitter @PalToday

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending