Connect with us

Inspirasi

Hampir 3 Tahun Tak Balik Rumah, Gadis Pulang Buat Kejutan Untuk Mak Ayah

Bagi anak-anak yang tinggal berjauhan dengan keluarga, pastinya bakal berasa sedih kerana jarang dapat pulang dan meluangkan masa bersama-sama ibu bapa. Senario ini yang sering terjadi kepada insan-insan yang terpaksa berhijrah ke luar negara disebabkan komitmen kerja ataupun pelajaran.

Dilaman Twitter, sebuah video mengharukan telah mendapat perhatian yang meluas oleh warga netizen. Video yang berdurasi 32 saat itu, telah memaparkan detik pertemuan seorang anak bersama ibu bapanya setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke rumah.

Kakak nak buat kejutan untuk mak ayah!

Video ini telah dimuat naik dan dikongsikan oleh adik kepada gadis berkenaan melalui akaun Twitter peribadi miliknya. Pada permulaan video tersebut, ibu bapa kepada mereka dilihat sedang mengambil bersama menggunakan telefon bimbit anaknya.

https://twitter.com/AisyahAzmil/status/1214154927561273344

“Takutnya…”

Dialog tersebut diungkapkan oleh ibun mereka kerana terlihat bayangan dan wajah anaknya didalam kamera ketika sedang berswafoto dengan suami. Tanpa disangka, anak perempuannya itu sememangnya berada dibelakang suami isteri tersebut.

Ramai yang turut berseronok dan terharu!

Melihat reaksi kedua-dua ibu bapa tersebut, ramai netizen turut terhibur dan gembira dengan detik kepulangan tersebut. Lebih melucukan, ramai yang menggemari reaksi yang telah ditonjolkan oleh si ayah itu.

Jadi, kepada anak-anak jika ada kelapangan dan tidak dikekang dengan jarak, dinasihatkan untuk pulang kerana kehadiran ini sangat bermakna buat mereka.

Sumber: Aisyah Azmil.

Continue Reading
Advertisement

Trending