Connect with us

Inspirasi

Hampir 20 Tahun Tak Sambut Krismas, Pelajar Muslim Buat Kejutan Raikan Bersama

Dalam perayaan yang disambut oleh setiap kaum dan agama, pastinya akan di sambut dengan meriah disamping keluarga dan juga sanak saudara. Tepai, tidak semua orang masih beruntung untuk menikmati dan merasai semua itu. Tambahan pula, yang terpisah jauh dan juga yang sudah tiada lagi ahli keluarga yang tinggal.

Tular di merata laman sosial, sebuah video mengenai sekumpulan pelajar muslim membuat kejutan untuk menyambut hari krismas bersama dengan seorang warga emas.

https://youtu.be/4ZD0qHmkPto

Dah 20 tahun tak sambut krismas!

Agak menyentuh hati apabila mengatahui warga emas berkenaan tidak lagi menyambut perayaan tersebut sejak 20 tahun yang lepas. Warga emas tersebut dikenali sebagai Terrence yang berusia 78 tahun ini, hanya menghabiskan kesedihan bersama rakan yang mempunyai masalah demensia.

Bawa pokok krismas untuk sambut sekali

Agak mengujakan apabila tindakan sekumpulan pelajar muslim dari Oldham College, sanggup membawa pokok krismas dan beberapa perhiasan semata-mata untuk buat kejutan dan menyambut perayaan berkenaan bersama-sama dengan Terrence.

Sikap dan tindakan pelajar-pelajar ini kemudiannya telah mendapat pujian dari seluruh rakyat England.

Terharu melihat pokok krismas

Sejurus sahaja terlihat pokok krismas tersebut dibawa masuk, Terrence terus mengalirkan air matanya dan suasana ketika bertukar hiba seketika.

Jelas warga emas berkenaan, sepanjang perayaan krismas dalam hidupnya, dia tidak pernah memiliki pokok krimas dan hadiah untuk diberikan.

Ingatlah, walaupun kita berlainan agama dan kaum, tetaplah hidup berharmoni, saling melangkapi dan menggembirakan antara satu sama lain. Jangan letakkan perbezaan agama sebagai satu batas untuk menolong dan menyenangkan insan yang memerlukan.

Sumber: Independent.

Continue Reading
Advertisement

Trending