Connect with us

Buzz

Hamilkan Dua Banduan Wanita, Banduan Transgender Ditukarkan Ke Penjara Lelaki

CikKoin

Diterbitkan

pada

Seorang banduan transgender yang dikenali sebagai Demi Minor, 27, terpaksa dipindahkan ke penjara lelaki selepas menghamilkan dua orang banduan wanita di penjara Edna Mahan Correctional Facility for Women yang terletak di New Jersey.

Difahamkan, sebelum ini Minor telah dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun selepas disabit kesalahan membunuh dan telah dipenjarakan di Edna Mahan Correctional Facility for Women sebelum dipindahkan ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC).

Malah, penjara yang menempatkan dia itu dipercayai penjara untuk warga belia di Burlington County yang mendakwa bahawa dia merupakan satu-satunya banduan wanita.

Tambah Minor lagi, keadaan mental yang lemah dan pengawal yang menjaganya ketika itu telah menolak permintaannya untuk diperiksa oleh seorang pegawai wanita.

“Mereka melanggar hak saya untuk selamat dan bebas daripada gangguan seksual dengan meletakkan saya di salah satu fasiliti koreksional paling ganas. Ketika tinggal di GYSC, saya diserang banduan muda yang tidak matang dan sangat jahil terhadap orang seperti saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Minor turut menegaskan dia telah dipukul oleh pihak penjara sebelum dipindahkan secara paksa daripada penjara wanita itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas atau kenyataan yang oleh pihak penjaran susulan dakwaan yang dibuat oleh ‘wanita’ transgender tersebut.

Kegiatan seksual suka sama suka yang dilakukan oleh Minor bersama dua banduan wanita sejak beberapa bulan yang lepas sehingga menyebabkan kehamilan telah diambil tindakan dengan mengasingkan dia dengan penjara yang lain.

Untuk info, banduan boleh memilih penjara berdasarkan identiti jantina masing-masing selepas undang-undang tersebut dikuat kuasakanĀ  di New Jersey pada tahun lalu.

Sumber: The Reporter

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending