Connect with us

WOW

Hamil Pada Usia 68 Tahun, Wanita Mexico Bangga Dapat Cipta Rekod Dunia

Kelahiran cahaya mata merupakan satu detik yang ditunggu-tunggu buat setiap pasangan bagi menyerikan lagi kehidupan mereka.

Detik ini turut dinantikan oleh aktres Mexico Lyn May yang kini sedang hamil 3 bulan bersama pasangannya yang berusia 29 tahun.

“Tak pernah ada hubungan yang serius”

Lyn May dilihat begitu gembira membuat pengumuman mengenai kehamilanya di akaun Instagram miliknya seminggu yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Lyn May (@lyn_may_)

Advertisement

Jelas pasangannya, Markos, mereka tidak pernah mempunyai sebarang hubungan serius dan hanya bertemu di sebuah pusat hiburan pada satu malam.

Hinggalah pada satu hari, Markos menerima pesanan di Instagramnya oleh wanita itu dan diberi tahu bahawa dia bakal menjadi seorang bapa.

“Saya sangat gembira”

Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dimuatnaik Lyn May jelas sekali dia kelihatan sangat gembira untuk menimang cahaya matanya selain bakal memecahkan Guinness World Record sebagai wanita tertua yang pernah melahirkan anak.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Lyn May (@lyn_may_)

Rekod itu pernah dipegang oleh seorang wanita berusia 66 tahun, Maria de Carmen Bousada Lara apabila dia melahirkan dua orang bayi kembar melalui proses pembedahan.

Selain Markos, May pernah mempunyai dua lagi pasangan iaitu Antonia Chi-Xuo dan Guillermo Calderon Stell.

Sumber : Ryan Smith/Newsweek, Gempak

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending