Connect with us

Inspirasi

Hamil 30 Minggu, Doktor Ini Tetap Kental Sama2 Berjuang Lawan Covid-19

Berhadapan dengan musuh yang tidak nampak di mata, begitulah yang kini dihadapi oleh para petugas kesihatan kita yang sudah bertungkus lumus membendung gejala wabak yang menyerang dunia ini.

Meskipun dalam apa jua keadaan, para petugas ini cekal berada di hadapan kita untuk merawat dan melindungi negara daripada cengkaman Covid-19.

Hamil 30 minggu masih lagi bertugas

Baru-baru ini, di media sosial tular sekeping memaparkan seorang doktor yang sedang hamil masih lagi menabur bakti buat negara biarpun bakal bergelar.

Dikatakan, usia kandungan sudah mencecah 30 minggu namun tetap cekal menjalankan tugas walaupun, demi membanteras penularan wabak pembunuh ini.

Semoga dipelihara Tuhan

Foto doktor tersebut telah mengundang pelbaga reaksi netizen, rata-rata mendoakan agar ibu dan kandungan selamat daripada wabak Covid-19.

Besar pengorbanannya…

Terima kasih doktor

Semoga Allah lindung ibu & bayi ini

Sememangnya, segala keringat perih mereka ini tidak terhitung nilainya. Justeru, kita sebagai rakyat perlulah bersama-sama berjuang demi memulihkan semula negara kita daripada Covid-19.

Sumber : Kisah Dunia

Continue Reading
Advertisement

Trending