Cute
Hairan Lihat Bapa Sebilik Dengan Ibunya, Reaksi Anaknya Ini Bikin Ketawa

Setiap ibu bapa disarankan untuk melatih anak-anak supaya tidur berasingan dari mereka sejak peringkat awal usia.
Namun, untuk memulakannya bukanlah suatu perkara yang mudah. Pasti pelbagai soalan yang akan diajukan oleh mereka kepada ibu bapanya.
Itu yang menjadi persoalan kepada seorang kanak-kanak yang mesra disapa Yaya. Dia berasa hairan melihat bapanya tidur sebilik dengan ibunya.
Sedangkan dia dan adik-beradiknya yang lain perlu tidur di bilik masing-masing.
“Papa penakut ke mama?”
Soalan yang diberikan itu dijawab dengan hilai tawa ibunya yang ternyata terhibur dengan soalan yang tidak disangka-sangka. Malah si ibu meminta anak bongsunya itu bertanyakan sendiri kepada bapanya.
“Nanti tanya papa ye kenapa takut tidur sorang-sorang”
Apabila diminta oleh si ibu supaya Yaya bertanyakan sendiri kepada bapanya, anaknya hanya membalas dengan membuat riak muka yang keliru.
Lebih melucukan lagi , Yaya memberitahu yang dia mungkin akan dihalau terus masuk ke bilik sekiranya bertanya soalan itu kepada bapanya.
Reaksi muka Yaya yang serius itu seolah-olah tidak terkesan langsung dengan si ibu yang sakan menggelakkan dirinya.
Papa ada ‘tugas’ yang perlu dilaksanakan
Rata-rata netizen terhibur dengan soalan spontan yang ditanya oleh Yaya dengan riak mukanya yang menunjukkan ketidakpuasan hati itu. Beberapa netizen turut meninggalkan komen yang bernada gurauan.
Perkongsian perbualan antara ibu dan anak itu setakat ini telah menerima lebih 800 ribu tontonan dan 73 ribu tanda suka di aplikasi TikTok. Video tersebut boleh ditonton di sini:
@hawa_ajeVideo original yaya tanya mama ##fypシ ##fyourpage♬ original sound – ✾
Sumber: TikTok @hawa_aje

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit