WOW
Hagia Sophia Kembali Menjadi Masjid, Solat Jumaat Pertama Bermula 24 Julai Ini

Sekian lama penduduk Turki khususnya Muslim menunggu, akhirnya bangunan ikonik Hagia Sophia, iaitu salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid.
Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.
Solat Jumaat pertama Hagia Sophia
Justeru, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bahawa buat julung kalinya solat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia akan diadakan pada 24 Julai ini.
“Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah…”
Dibuka untuk semua penduduk
Tambah Erdogan, seperti semua masjid yang lain, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.
Terdahulu, Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu ditukar kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.
Sumber : Berita Harian

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit