Connect with us

Inspirasi

Hafal Al-Quran Siap Muka Suratnya, Bacaan 2 Anak Yatim Buat Ramai Terpegun

Dua orang kanak-kanak dikenali sebagai Ahmed dan Kamel yang berasal dari Indonesia telah tular di media sosial apabila berjaya membuatkan ramai terpegun dengan kemampuan mereka menghafal al-Quran.

pejam mata pun boleh tahu surah apa

Lebih mengagumkan, mereka mampu untuk mengingati sekali baris serta muka surat ayat-ayat yang dibaca dalam kita suci tersebut.

Video mereka menyambung ayat al-Quran yang diajukan oleh seseorang kepada mereka telah tular dan mendapat respon yang pelbagia daripada warganet.

Mereka anak-anak yatim

Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter Indonesia dikenali sebagai Istifhan, Ahmed dan Kamel itu merupakan seorang hafiz al-Quran dan mereka juga adalah anak-anak yatim.

Walau bagaimapun, perkara itu bukan penghalang untuk mereka berjaya menjadi kalam Allah itu teman sejati sehingga mampu menghafal semua ayat suci didalamnya dengan lancar.

Sumber: Istifhan

Continue Reading
Advertisement

Trending