Connect with us

Inspirasi

Habis Kulit Abang ‘Rider’ Berbelang, Hari2 Redah Panas Demi Pelanggan Kenyang

Dua minggu lalu, tular beberapa keping gambar anggota polis yang mengalami ‘sunburn’ setelah bertugas menjaga sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain pihak polis, penghantar makanan juga antara barisan hadapan negara yang berkhidmat demi rakyat agar mereka terus kekal duduk di rumah dengan perut kenyang!

Mungkin terus menunggang motosikal untuk mencari pendapatan lebih tanpa menghiraukan cuaca hujan atau panas, ‘runner’ ini mempunyai ‘sunburn’ pada kedua-dua belah bahagian tangan yang kelihatan amat ketara.

Gambar ‘runner’ tersebut dikongsi menerusi page TawauKini yang menyifatkan kaum lelaki sememangnya rajin berusaha dalam mencari rezeki bagi menyara diri sendiri dan keluarga.

“Pengorbanan seorang runner.. ini buktinya lelaki yang rajin dan gigih berusaha,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menjenguk ke posting asal oleh Akmal Hajan, difahamkan ‘rider’ berkenaan bekerja untuk Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Bataras di Tawau, Sabah.

Rata-rata warganet bersimpati melihat keadaan kulit ‘terbakar’ itu dan mendoakan agar lelaki itu dimurahkan rezeki serta dilindungi sepanjang perjalanan.

Kesiannya! Moga dimurahkan rezeki

Sumber : TawauKini

Continue Reading
Advertisement

Trending