Connect with us

Inspirasi

Gusar Hilang Mata Pencarian, ‘Rider’ Dakap Makanan Elak Semburan Nyah-Kuman

Wabak pandemik yang melanda negara-negara di dunia kini memaksa hampir seluruh penduduk berkuarantin dan duduk di dalam rumah sahaja. Aktiviti serta rutin harian terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga wabak ini betul-betul reda.

Namun, masih lagi terdapat insan-insan yang sanggup mengambil risiko untuk menolong dan meringankan beban yang dialami oleh masyarakat kini. Antaranya ialah, anggota beruniform, petugas kesihatan, tukang sapu dan juga penghantar makanan.

Sebut mengenai penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai rider, tular satu video yang memaparkan penghantar makanan secara spontan melindungi makanan dari terkena semburan  penyembur nyah kuman .

Penghantar makanan tersebut telah bertindak dengan pantas menutup makanan itu dengan memeluknya agar makanan itu tidak tercemar dan basah.

Makanan yang didakapnya itu merupakan 2 kotak pizza yang dipesan oleh pelanggan. Jelasnya, dia berbuat sedemikian agar pesanan tersebut tidak basah sebelum sampai kepada pelanggannya.

Sudap pastinya, video ini memberikan pelbagai pengajaran masyarakat ketika ini terutaman sekali untuk sering menghargai sekecil-kecil pekerjaan seseorang.

Oleh itu, orang ramai digalakan untuk bersabar, melemparkan senyuman dan juga mengucapkan terima kasih buat mereka yang sedang bekerja pada saat genting ini.

Sumber: USS Feed.

Continue Reading
Advertisement

Trending