Cute
Gurau Anak Beranak, Abah & Adik Lelaki Sakan Bergaya Dengan Baju Kelawar Mak

Macam-macam aktiviti dan adegan-adegan lucu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan berlangsung yang dapat dilihat menerusi media sosial.
Walaupun tidak dapat ke mana-mana, namun pastinya hubungan kekeluargaan akan bertambah erat kerana semua diminta duduk dirumah jika tiada sebarang perkara mustahak di luar.
Muka pasrah pakai baju kelawar
Oleh itu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi foto lucu ahli keluarganya yang terdiri daripada bapa serta adik-beradik lelaki memakai baju kelawar.
Jangan la serius sangat, saja2 je pakai
Walaupun sekadar bergurau, namun Raihana menyedari bahawa ada diantara pengguna media sosial terlalu memandang serius perkara tersebut.
Enggan mengeruhkan keadaan, adiknya telah menyatakan bahawa mereka tidak dipaksa pun berpakaian sebegitu. Hal ini kerana mereka sekadar bergurau dan mengakui memakai baju kelawar seperti golongan ibu sememangnya selesa.
Hahaha cute je ayah tuuu
Sehubungan dengan perkongsian yang mencuit hati itu, rata-rata memuji keakraban keluarga tersebut yag sangat sporting.
Walaupun masing-masing sudah dewasa, hubungan kekeluargaan seperti itu seharusnya menjadi contoh kepada orang lain dalam mengharmonikan hubungan antara satu sama lain.
Yang pegang susu tu nak buat dalgona ke?
Sempoi gila bapak dia
Sumber : Raihana Roslan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit