Connect with us

Infozon

Guna dua alah benda ni kalau nak dinding rumah korang halus macam kulit Neelofa

Antara benda yang menyeronokkan apabila sudah memiliki kediaman sendiri adalah melakukan kerja-kerja mendekorasi kediaman kita bagi menjadikannya lebih menarik dan berseri berbanding biasa.

Tidak perlulah sampai mengubahsuai rumah anda bagi menjadikannya kelihatan berbeza. Cukuplah sekadar menggantikan warna cat bagi menyerikan suasana. Meskipun kelihatan mudah, namun bukan semua orang tahu cara-cara yang betul untuk mengecat rumah setanding hasil kerja tenaga profesional.

Seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Ali baru-baru ini telah berkongsi cara-cara mengecat yang betul di laman Twitternya. Baca perkongsian beliau ini di bawah:

Langkah pertama

First, harus lah kita memastikan semua perkakas untuk mengecat tu cukup. Kalau tak cukup, nak mula mengecat pun guna apa, kan?

  • Cat
  • Bekas cat
  • Roller
  • Brush
  • Canvas/surat khabar/kotak untuk alas.
  • Etc (pekara lain yang korang rasa valid)

Langkah kedua

Second, semua tu dah ada, baru boleh yakin untuk cat. TAPI, sebelum tu, kena confirm kan yang lapisan dinding yang kita nak cat tu, bersih dari sebarang, habuk/kekotoran. Lap sikit bagi clear surface dinding tu.

Andai kata ada mcm bonggol kesan dri cat yg lama, kikis dulu bagi rata. Kalau ada lubang, tutup dgn filler dulu. Kalau boleh bagi rata dengan kemas. Contoh filler. Ada je harga dlm RM6-8 mcm tu lau x silap. Nnti aku try tengok resit balik. Haha

Langkah ketiga

Third, bila sudah bersih dinding, baru laa kita start mengecat. Tapi kalau nak hasil kita tahan lama, kita mula dengan sealer paint dulu. Contoh cat sealer .. Kenapa kena guna sealer dulu? Scroll laa kebawah.

1. Sebab akan jadi protection base untuk layer cat utama kita

2. Bertindak umpama agent pelekat untuk cat utama kita dengan dinding

3. Bila cat melekat kuat dengan dinding, cat lebih tahan lama.

4. Antara cara yg boleh mngelakkan masalah serius kulapuk, warna luntur, dan etc.

Cat sealer ni, cat je mcm mana korang suka. Kalau nak kemas, cat belah hujung-hujung dahulu. Belah side-side hujung kiri kanan atas depan dengan brush. Settle tu, baru habiskan dengan roller bahagian tengah tu. Bagi aku, cara macam tu lagi laju siap.

Siap layer sealer, mari laaa kita mula mengecat warna kesukaan. Tapi make sure, korang yakin dengan pemilihan warna, jenis, jenama dan kuantiti cat tu. Bukan apa, terjalak perahu boleh berundur, terlajak cat, penat weyhh!! Plus rugi

Cat pun ada dua jenis secara kasarnya untuk dinding batu. Nanti aku share hari lain. Cat seperti kita cat sealer tdi pun tak ada masalah. Cuma make sure rata ya semasa kita mengecat tu. Put a little pressure kat roller tu supaya cat kat roller tu keluar.

Siap cat semua nya, boleh korang deco dengan perabot dan hiasan lain untuk menyerikan rumah korang. Andai kata, ada lebihan cat terjatuh semasa proses mengecat:-

1. Kalau masih basah lagi, boleh je lap guna kain biasa

2. Kalau sudah kering, korang kena laa sental guna kain basah, ataupun, mengunakan scapper.

Selain korang gunakan catalog cat kat hardware tu untuk pilih code cat yg korang minat, korang jugak boleh je download apps-apps yang ada sekarang ni, untuk buat pilihan secara mudah dan meluas. Semua jenis code warna ada. Pilih dan bawa ke kedai, tunjuk kan sahaja code dan beli.

Sumber : Firdaus Ali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending