Connect with us

WTF

‘Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’, Kumpul Koleksi ‘Punah Harapan’ Masakan Gagal

Sejak tempoh PKP ini dilaksanakan, masa banyak dihabiskan hanya di rumah sahaja. Justeru, ramai juga berkongsi pelbagai jenis resepi untuk dicuba.

Siapa tak tertarik nak mencuba masakan tampak enak dan menarik, tetapi realitinya ramai juga yang masakan yang tak menjadi seperti yang dikongsikan di ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook.

Punah harapan

Buka sahaja group tersebut, memang terus terkekek ketawa. Mana tidaknya, semua masakan di dalam itu sebenarnya koleksi juadah tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Kek pelangi bertukar jadi kek dayang senandung

Macam-macam jenis makanan dikongsikan tak menjadi, antara yang mencuit hati kek yang sebelum di bakar dihias dengan pelbagai warna, keluar dari ketuhar terus bertukar menjadi hitam.

Keropok lekor isi tertinggal di luar

Ada juga yang terkejut apabila satu daripada beberapa keropok lekor yang digoreng hanya tinggal kulit tanpa isi di dalamnya sewaktu diangkat.

Kesiannyaaa…

Memang kesian tapi kelakar betul mengenangkan nasib punah harapan apabila masakan diharapkan tidak menjadi, ditambah pula dengan kapsyen yang lucu-lucu.

Setakat ini ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook sudah meraih lebih 700,000 pengikut, hanya dalam tempoh enam hari diwujudkan.

Sumber : MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

Continue Reading
Advertisement

Trending