Connect with us

Cute

Graduasi Gadis Batal, Keluarga Buat Majlis ‘Convo’ Di Rumah Rai Kejayaan

Semenjak wabak COVID-19 ini melanda negara, aktiviti serta kerja harian rakyat dan seluruh lapisan masyarakat terjejas. Namun, perkara ini terpaksa dilakukan demi keselamatan dan kesejahteraan sejagat.

Perintah Kawalan Pergerakan yang seputunya berakhir pada hari ini (31 Mac 2020), telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ekoran kes jangkitan dan juga kematian yang disebabkan wabak COVID-19 masih lagi tidak reda.

“Sepatutnya hari ini majlis graduasi kakak…”

COVID-19 ini juga telah menjejaskan impian sesetangah para graduan yang sepatutnya naik pentas mengambil skrol serta meraikan kejayaan mereka di majlis graduasi.

Tetapi, usaha sekeluarga ini untuk meraikan kejayaan ahli keluarga mereka yang berjaya menamatkan pembelajaran dengan mengadakan majlis graduasi di rumah telah menarik perhatian orang ramai.

Ramai turut teruja dan ucap tahniah!

Usaha kecil sekeluarga ini telah berjaya meraih perhatian para netizen di laman Twitter. Ramai dilihat telah meninggalkan ucapan tahniah atas kejayaannya dan selamat bergraduasi walaupun bukan secara rasmi.

Tahniah dah bergraduasi…

“Sebuah keluarga yang penyayang…”

Perkara ini sudah tentunya akan menjadi memori dan kenang manis yang takkan dilupakan. Situasi ini sememangnya jarang berlaku dan tidak semua orang mampu merasai pengalaman seperti ini.

Tahniah, selamat bergraduasi!

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending