Connect with us

WTF

Grab Food Indonesia Ala2 Pangeran, Naik Kuda Putih Hantar Makanan

Pemandu e-hailing, runner dan juga penghantar makanan antara golongan yang sibuk menjalankan tugas disamping mencari rezeki buat diri mereka.

Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh penduduk dunia juga sangat memerlukan perkhidmatan mereka terutamanya untuk membeli barang keperluan dan juga makanan.

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan sebuah video yang sekaligus menarik perhatian ramai apabila rakamannya memaparkan seorang penghantar makanan (Grab Food), menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya dengan cara yang unik sekali.

Lain dari kebiasaan, penghantar makanan berkenaan dilihat menghantar pesanan kepada pelanggannya dengan menaiki seekor kuda. Kuda yang berwarna putih berkenaan dilihat berlari dengan begitu perkasa atas jalan raya sambil ditunggang olehnya.

Kejadian ini dikenal pasti telah dilihat sekitar kawasan kampus Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS) di Jawa Tengah. Ramai juga terpegun dan tidak menyangkakan bahawa perkara seperti ini sememangnya bakal berlaku.

Sehingga kini, video penghantar Grab Food menaiki kuda di atas jalan raya telah memperolehi 1 juta tontonan di laman Twitter.

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending