Connect with us

Detik

‘Golongan Kayangan Diutamakan’, Remaja Rayu Polis Agar Tak Rampas Tangki Oksigen Ibunya

Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan sebuah video yang tular di laman sosial menunjukkan seorang remaja sedang menangis dan merayu kepada pihak polis di luar hospital di kota Agra di Uttar Pradesh, India.

Remaja dikenali sebagai Anmol Goyal itu dilihat melutut memohon kepada polis yang mengambil tabung oksigen ibunya untuk diberikan kepada pesakit yang dikategorikan sebagai golongan kayangan.

Terpaksa merayu kepada pihak polis agar ibunya berpeluang ‘hidup’

“Ibu akan mati jika kamu ambil tabung oksigennya,” rayu lelaki itu.

Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa ibunya itu telah meninggal dunia selepas 2 jam tangki berkenaan dirampas oleh pihak polis.

Difahamkan lagi, setelah hospital tersebut kehabisan bekalan, dia dan adik lelakinya yang berusia 17 tahun mengambil tangki oksigen itu sendiri dan dibawa ke pusat kuarantin untuk diletakkan di samping tempat tidur ibu mereka.

Bagaimanapun, tangki oksigen berkenaan telah dirampas oleh pihak polis kerana seseorang yang dianggap lebih ‘penting’ memerlukannya, lapor India Times.

“Di mana saya nak cari tangki oksigen? Saya datang ke hospital selepas berjanji kepada keluarga bahawa saya akan bawa pulang ibu dengan selamat.
“Ibu saya tidak dapat bernafas. Kami beri dia CPR beberapa kali, tetapi tidak dapat menyelamatkannya,” kata remaja itu.

Tetapi, permintaan remaja itu langsung tidak diendahkan dan mereka tetap merampas tangki tersebut.

Namun begitu, pihak polis menafikan segala tuduhan ‘tidak berperikemanusian’ apabila menyatakan bahawa mereka mengambil tangki yang telah kosong sahaja.

Akan tetapi, tiada sebarang penjelasan mengapa pihak polis perlu mengambil tangki oksigen yang dikatakan ‘kosong’ tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna berkata tindakan tegas akan diambil jika anggota polis terbabit terbukti bersalah.

Tonton video penuh:

Sumber: Astro Awani, India Times, Hindustan Times, India Today

 

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending