Connect with us

WOW

Gigi Hadid Sah Hamil Anak Pertama, Zayn Malik Si ‘Boyfriend’ Bakal Jadi Bapa

Hari ini di laman Twitter, nama Zayn Malik dan teman wanitanya trending serta merta apabila Gigi Hadid telah disahkan hamil anak pertama mereka.  Kebanyakan peminat begitu gembira dengan berita ini dan tidak sabar ingin melihat wajah anak pertama pasangan selebriti ini.

Menurut laporan media antarabangsa, Gigi Hadid telah hamil anak pertama dan kandungannya telah mencecah 20 minggu. Namun, pada mulanya mereka dikatakan menyimpan berita kehamilan ini buat sementara waktu daripada keluarga dan teman rapat.

Terdahulu, Zayn Malik dan Gigi Hadid dilaporkan bersama kembali pada tahun lalu setelah putus dipertengahan jalan pada Januari 2019. Malah , Zayn Malik dilaporkan duduk berkuarantin bersama Gigi Hadid dan juga keluarganya.

Buat masa ini, pasangan kekasih itu belum lagi berkongsi berita mengenai kehamilan itu yang secara terbuka, dan menyimpan maklumat mengenai si kecil daripada pengetahuan umum.

Minggu lalu, kedua-duanya dilihat meraikan ulang tahun ke 25 Gigi Hadid. Banyak gambar dan kepingan foto bersama Zayn Malik telah dimuat naik Gigi Hadid menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Sumber: Enews.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending