Connect with us

Buzz

Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan

CikKoin

Diterbitkan

pada

Tindakan kurang bijak daripada seorang lelaki dari Indonesia mengundang padah apabila dia telah ditampar oleh bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu semasa majlis pertunangan mereka berlangsung yang di hadapan khalayak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @magelang_raya di Instagramnya, kelihatan seorang lelaki segak berpakaian batik sedang menyarungkan cincin di jari seorang wanita yang anggun mengenakan baju kurung berwarna merah jambu.

Akan tetapi, sebaik sahaja cincin itu disarungkan, secara tiba-tiba lelaki itu memegang kepala wanita tersebut dan mengucup dahi bakal isterinya tanpa segan silu di hadapan keluarga mereka yang lain.

Terkejut akan tindakan spontan lelaki tersebut, wanita itu memberi tindak balas dengan menampar bakal suaminya serta merta sehingga mencetuskan gelak tawa keluarga yang melihatnya.

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur akan perbuatan lelaki itu serta menitipkan pesanan agar sabar dan menjaga ikhtilat sehingga tiba hari bahagia mereka.

Malah, segelintir netizen turut tidak setuju dengan tindakan lelaki tersebut kerana mereka hanya diikat sebagai pasangan yang sudah bertunang dan bukan sebagai pasangan suami isteri.

Sumber: Suara Jawa Tengah

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending