Connect with us

WOW

GF Datang Balai Bomba, Lamar BF Ajak Kahwin!

Majlis perkahwinan tidak perlu diadakan secara besar-besaran ataupun dihadiri dengan ratusan tetamu. Bahkan sebuah majlis akan menjadi lengkap dengan hanya kehadiran insan tersayang, sahabat handai berserta sanak-saudara.

Baru-baru ini, telah tular kisah seorang wanita yang telah melawat teman lelakinya di balai bomba Yancheng, China untuk melamar pasangannya.

Pakai gaun perkahwinan ketika melawat teman lelaki

Wanita tersebut yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital China telah bercadang untuk melawat teman lelakinya di balai bomba Yancheng, apabila mereka sukar untuk merancang tarikh perkahwinan mereka atas faktor kerjaya.

Sanggup pakai gaun kahwin!

Oleh kerana itu, wanita tersebut merancang untuk melamar teman lelakinya ketika lawatan tersebut, semasa hari kejadian, dia sanggup bersusah payah menaiki kapal terbang dengan memakai gaun perkahwinan dari Hefei ke Yancheng untuk berjumpa dengan teman lelakinya.

Wanita itu dikatakan telah meminta bantuan daripada rakan sekerja teman lelakinya bagi mengaturkan majlis kecil-kecilan tersebut supaya dapat berjalan dengan lancar.

Sewaktu kejadian itu, teman lelakinya sangat terkejut dengan kehadirannya, tambahan pula melihat dia yang sedang memakai gaun perkahwinan.

“Saya jururawat dan awak ahli bomba. Kita selalu tidak mempunyai masa untuk berjumpa. Jadi, awak tidak perlu datang ke Hefei untuk mengahwini saya. Biar saya yang datang mengahwini awak. Hari ini, jom kita kawin.”

Jiang wei berasa sebak dan terharu atas ucapan dan tindakan teman wanitanya itu malah dia juga turut merasakan pengalaman manis yang tidak pernah dirasai olehnya sebelum ini.

Sumber: Chinapress

 

Continue Reading
Advertisement

Trending