Connect with us

WTF

Gerun ‘Chinese Virus’, Warga Korea Dipukul Hingga Lebam Oleh Penduduk California

Seperti yang sedia maklum dan diwar-warkan kepada ramai, virus COVID-19 dikatakan berpunca serta berasal daripada daerah Wuhan yang terletak di negara China. Pelbagai spekulasi telah diwujudkan selepas virus ni menular dan merebak diseluruh dunia sehingga mencatatkan angka kematian yang mendadak.

Satu dunia bukan sahaja gerun, malah virus ini juga dilihat sebagai satu malapetaka bagi setiap negara. Kesihatan merosot, hilang punca pendapat dan ekonomi sesebuah negara itu turun merudum akibat terkesan dengan wabak COVID-19 ini.

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan bahawa kejadian ngeri yang menimpa datuknya sendiri diskriminasi yang dicetuskan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Datuknya itu telah dipukul oleh orang ramai di dalam sebuah bas gara-gara warga emas itu merupakan rakyat Korea.

Penduduk di California dilihat mengadili seseorang berdasarkan warna kulit seseorang terutamanya mereka yang berasal dari negara Asia. Bagi mereka, penduduk Asia merupakan punca utama penyebaran virus ngeri terbabit.

Sekeping gambar yang memaparkan atuknya itu teruk dibelasah warga tempatan itu juga turut dimuat naik sekali. Ramai pengguna Twitter menzahirkan rasa simpati kepada warga emas itu dan mengatakan bahawa perkara seperti ini sewajarnya tidak berlaku.

Sehinggakan, perkongsian ini meraih lebih 41,800 ribu ulang kicau dan lebih 83,000 ribu tanda suka oleh para pengguna Twitter yang lain.

Sumber: Twitter.

 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending