Connect with us

WTF

Geram Disuruh Goreng Ikan, Isteri Curah Minyak Panas Pada Badan Suami

Baru-baru ini, media Indonesia dikejutkan dengan berita seorang suami disimbah minyak panas gara-gara menyuruh isterinya menggoreng ikan.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu 31 Julai 2021 sekitar jam 4.30 petang di rumah mereka yang terletak di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Melecur di seluruh badan

Advertisement

Memetik laporan Kompas, mangsa telah disiram minyak panas ketika sedang berbaring dan menunggu ikan yang diminta daripada isterinya. Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk dan melecur di seluruh badan.

Menurut keterangan anak kandung mangsa, bapanya meminta ibunya untuk menggoreng ikan dan ibunya bergegas ke dapur untuk memenuhi kehendak suaminya.

Namun tidak lama kemudian, tiba-tiba ibunya menghampiri bapanya dengan membawa kuali berisi minyak panas kemudian menuangkan keseluruhan minyak ke atas badan mangsa.

Setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, jiran tetangga membantu membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Difahamkan lagi, suspek sudah ditahan pihak polis selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis. Sehingga kini, kes tersebut masih dalam siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar suspek.

Advertisement

Sumber: Kompas, Instagram @rina.senja1

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending