Infozon
Genting Malaysia Dilapor Kurangkan 3,000 Kakitangan

Kira-kira 3,000 kakitangan dijangka akan dikurangkan di syarikat hospitaliti dan rekreasi iaitu Genting Malaysia Berhad, lapor laman web perniagaan Bloomberg.
Memetik sumber yang tidak didedahkan namanya itu, program pemberhentian tersebut telah pun mula dilakukan dalam syarikat perhotelan dan kasino.
Menerusi laporan BH Online, syarikat tersebut yang mana memiliki lebih 20,000 kakitangan pada 2019 pada awal tahun ini sudah menawarkan pemotongan gaji.
Ia adalah langkah penurunan gaji pertama yang dilaksanakan secara menyeluruh dalam syarikat berkenaan sejak ditubuhkan pada 1965.
Kumpulan diterajui Tan Sri Lim Kok Thay itu sudah mencadangkan pemotongan gaji sementara bagi kakitangannya berasaskan pangkat, dengan Genting Hong Kong Ltd dicadangkan penurunan sehingga 50 peratus bagi individu yang memegang jawatan naib presiden dan ke atas.
Ketua Pegawai Operasinya, Tan Kong Han baru-baru ini berkata, kumpulan telah mencari jalan bagi mengelak pemberhentian pekerja walaupun gaji menjadi kos terbesar syarikat.
Syarikat yang mengendalikan kasino dan resort di Las Vegas dan Singapura itu terpaksa mengurangkan operasi kerana susulan pelaksanaan kawalan pergerakan di seluruh dunia ekoran penularan wabak Covid-19.
Sumber : BH Online , Malay Mail

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit