Connect with us

Berita

Genneva Gold, ‘Scam’ Pelaburan Emas Terbesar Di Malaysia

CikKoin

Diterbitkan

pada

Siapa sangka, syarikat perniagaan emas terbesar di Malaysia,  Genneva Gold yang telah ditubuhkan sejak 2002 serta dilancarkan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 2010 adalah sebuah pelaburan emas yang telah melakukan penipuan kepada 35,000 pelabur.

Kejadian yang dianggap sebagai sejarah hitam itu telah membuka mata rakyat bahawa meskipun syarikat tersebut mempunyai sijil sah menjual emas, patuh syariah dan mempunyai nama besar, berjaya menipu ribuan masyarakat di negara ini.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh @Abdel Rahmanov di laman Facebooknya, dia yang juga merupakan Penasihat Syariah Kewangan Islam membongkar kejadian penipuan yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian yang sangat besar.

Syarikat dakwa sudah dapat pengiktirafan patuh syariah?

Pengarah adalah orang Melayu Muslim dan kerabat Diraja Pahang

Difahamkan, pengarah kepada syarikat Genneva Gold itu adalah seorang lelaki berbangsa Melayu Muslim dan dipercayai merupakan golongan kerabat Diraja Pahang.

Syarikat itu telah menawarkan peluang pelaburan yang sangat menarik kepada para pelanggannya dengan meletakkan 29 hingga 30 peratus untuk harga premium berbanding harga pasaran serta mendapat hibah sebanyak 1.5 peratus pada setiap bulan.

Dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir secara rasmi pada tahun 2010

Bukan itu sahaja, ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mempergunakan Tun Dr Mahathir susulan beliau merupakan salah seorang tokoh yang menggalakkan penyimpanan serta penggunaan emas dalam kalangan masyarakat.

8,000 pelanggan tidak terima 4,000kg emas  yang telah dibeli dari syarikat itu

Apa yang lebih mengejutkan, seramai 8,000 pelanggan tidak menerima emas selepas menghabiskan wang mereka untuk membeli 4,000kg emas di syarikat tersebut dan

Genneva Gold disabitkan kesalahan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram

Susulan itu, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura telah melakukan serbuan terhadap premis perniagaan itu pada 1 Oktober 2012 atas kesalahan jenayah pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.

Genneva Gold didenda RM450 juta, lapan individu dihukum penjara empat hingga sembilan tahun serta denda 1 juta dan 4 Juta setiap seorang

Menurut laporan The Edge Markets, lapan orang individu telah dijatuhkan hukuman penjara empat hingga sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas jenayah pengubahan wang haram serta pengambilan deposit lesen secara haram berkenaan dengan pelaburan emas itu.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak ditipu

Sumber: Facebook (Abdel Rahmanov), The Edge Markets

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending