WTF
Geng Penyeluk Saku Wanita Kantoi, Dirakam Mencuri Ketika Sedang Melintas Jalan

Bagi kaki melancong, tidak kiralah di dalam mahupun di luar negara, kita sering diingatkan supaya berhati-hati dengan penyeluk saku, walau di manapun berada. Kadang-kadang, kejadian yang tak diingini ini berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedar.
Begitulah yang terjadi kepada dua orang pelancong Thailand, apabila mereka melihat semula rakaman video yang dirakam ketika melintas jalan dari Cambridge Circus ke Palace Theatre.
Berada sangat dekat dengan belakang mereka…
Menurutnya setibanya di seberang jalan, Toi memeriksa ke dalam beg tangan yang dibawa dan menyedari dompet berjenama yang mengandungi £400 tunai (RM2091) dan kad kreditnya lesap.
Kemudian, mereka melihat semula rakaman yang dirakam dan terkejut apabila berjaya merakam kelakuan dan wajah sebenar penyeluk saku yang mencuri duit mereka.
Rakaman tersebut menunjukkan tiga orang wanita berpakaian hitam, seorang daripadanya memakai cermin mata gelap manakala seorang lagi memakai jaket kulit hitam memegang telefon pintar berwarna merah sedang memerhatikan beg tangan Toi.
Dalam masa yang sama, wanita yang memakai kaca mata dilihat menggunakan beg membeli belah besar berwarna hitam untuk melindungi tangan rakannya yang sedang melakukan kerja kotor itu.
Tanpa melengahkan mangsa, rakannya menyeluk tangan masuk ke dalam beg Toi dan menarik keluar dompetnya.
Tangan mencapai dompet mangsa…
Menurut Nina, laporan polis telah dibuat sejurus kejadian, namun mereka masih belum mendapat sebarang maklumat tentang dompetnya.
“Saya sedih dan kecewa dengan percutian ini kerana memberi pengalaman pahit yang tidak akan dilupakan di London”
Sumber: Metro.Co.UK

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit