Connect with us

Infozon

Genap Setahun Dibedah, Bapa Ainul Mardhiah Ucap Terima Kasih Penuh Syukur

Tahun lalu, nama dicilik Ainul Mardhiah meniniti di bibir rakyat Malaysia gara-gara menanggung derita menghidup Germ Cell Tumour. Sehinggakan, si cilik ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan pelbagai jenis bantuan telah disalurkan buatnya.

Hasil berkat serta usaha daripada pelbagai pihak, pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian mulutnya itu telah berjaya dilakukan dan kesihatan Ainul Mardhiah dilihat semakin hari semakin positif.

Hari ini, sudah genap setahun Ainul dibedah!

Selepas setahun perkara ini berlalu, sudah semestinya meninggalkan 1001 perasaan dalam diri ibu bapa Ainul Mardhiah sendiri. Disebabkan itu, bapanya Ahmad Safiuddin telah menulis sedikit nukilan dan mendedikasikan ucapkan terima kasih buat insan-insan yang telah menghulurkan bantuan buat diri mereka sekeluarga.

Syukur berpeluang membesarkan Ainul dengan baik

Terima kasih rakyat Malaysia!

Terima kasih semua! Hanya Allah yang dapat membalasnya

Ekoran dengan titipan terima kasih berkenaan, perkongsian tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan daripada rakyat Malaysia. Rata-ratanya menitipkan doa seikhlas hati dan berharap agar Ainul Mardhiah dikurniakan kesihatan yang sebaik mungkin serta membesar seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: Facebook.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending