Connect with us

Infozon

Genap 6 Tahun Tragedi MH17, Foto Lama Singkap Kisah Duka Negara

Tragedi MH17 yang berlaku pada 2014 pastinya masih segar dalam liputan sejarah penerbangan negara. Mana tidaknya, pesawat Malaysia Airlines  telah ditembak sehingga terhempas dan mengorbankan ratusan nyawa.

Lebih pilu lagi, perkara tersebut berlaku beberapa hari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri dan ada diantara mangsa yang ingin pulang ke Tanah Air untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga.

MH17 dalam kenangan

Sedar tidak sedar, semalam telah genap enam tahun tragedi pilu itu berlaku dan pastinya gambar-gambar throwback kejadian itu masih berbekas dalam diri setiap daripada rakyat Malaysia.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Mohd Azran Malek di laman Facebook Asean World 24-Southeast Asia Network sebagai memperingati mereka yang sudah tiada.

 

Foto pilu negara

Kepulangan jenazah mangsa MH17 suatu ketika dahulu ke Tanah Air amat memilukan seluruh rakyat Malaysia dan pastinya igauan ngeri tersebut akan terpahat kukuh di setiap ingatan rakyat negara ini.

Perkongsian gambar-gambar itu telah menghadirkan pelbagai komen diruangan Facebook sumber dengan rata-rata menzahirkan rasa sebak apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

Mereka juga menzahirkan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa dan mendoakan agar roh mereka yang telah pergi tenang di alam sana.

 

Sumber: Asean World 24-Southeast Asia Network

Continue Reading
Advertisement

Trending