Connect with us

Infozon

Gembira Dapat Bantuan, Senyuman Terima Kasih Lelaki Tua OKU Meruntun Hati

Setiap negara di dunia ini sedang berjuang dalam menangani wabak Covid-19. Langkah yang diambil oleh setiap negara sudah tentu mengharapkan agar rakyatnya tinggal dirumah dan menjalani tempoh getir ini dengan penuh sabar.

Susulan daripada itu, ramai insan yang terjejas kerana pendapatan mereka berkurangan berikutan tidak dapat hadir ke tempat kerja disebabkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan berlaku.

Kegembiraan terima bantuan

Oleh itu, ada sebahagian besar rakyat terpaksa mengharapkan bantuan untuk mengisi perut. Peranan insan yang berhati mulia sangatlah ditagih mereka ketika ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dari Filipina, dia telah memberikan sedikit sumbangan kepada seorang lelaki. Namun, senyuman terima kasih daripada lelaki itu begitu menyebakkan.

Senyuman undang sebak

Daripada muat naik tersebut, pengguna Facebook tersebut memberikan sumbangan kerana meraikan hari ulang tahun ahli keluarganya. Jadi dia mencari beberapa orang keluarga untuk mengedarkan sumbangan ihsan kepada mereka yang memerlukan.

Senyuman lelaki warga emas yang juga seorang insan kurang upaya apabila menerima bantuan benar-benar menyebakkan kerana tergambar ucapan terima kasih daripadanya yang tidak terhingga.

Lebih seratus orang sudah meninggal dunia

Ketika ini, Filipina telah mencatatkan 2,633 kes positif Covid-19 dan seramai 107 kematian telah dicatatkan. Susulan daripada itu, Presiden Filipina telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis dan tentera agar menembak mati sahaja insan yang degi dengan keluar rumah tanpa tujuan semasa lockdown dijalankan.

Sumber : Jem Arboleda

Continue Reading
Advertisement

Trending