Connect with us

Cute

Geli Hati Si Ayah, Anak Main Kereta Mainan Sampai Terpacak Atas Kepala

Pelbagai telatah ditunjukkan si manja ketika sedang membesar. Ada sahaja idea yang ingin dicubanya, kadang-kadang itu memang tak masuk akal dia punya karenah.

Macam video yang tular baru-baru ini di Facebook, memaparkan seorang ayah tak tahan nak gelak tengok kereta mainan anak terpacak atas kepala.

Kereta mainan tersangkut dekat rambut

Video yang dimuat naik seorang lelaki bernama Mohd Akmal Mahadi, yang merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut mula menjadi perhatian netizen.

Kete control eksiden naik terpacak atas kepala.. Hahahahahahahahahaha

Posted by Mohd Akmal Mahadi on Sunday, July 5, 2020

Mana tidaknya, entah macam mana adik ini main kereta mainan sampai boleh tersangkut dekat rambut, terpacak pulak tu! Geli hati si ayah tengok anak dah mula cuak bila kata rambut dia kena botak.

Terus viral kau dik!

Sehingga kini, video yang dimuat naik Mohd Akmal Mahadi kini sudah mendapat 8.2 ribu tanda suka, 1.4 ribu komen dan 25 ribu perkongsian di Facebook.

Adoi adik awak ni lain macam betul main kereta, macam mana la agaknya boleh tersangkut dekat rambut tu yer?

Sumber : Mohd Akmal Mahadi

Continue Reading
Advertisement

Trending