Connect with us

WTF

Gelandangan Tidur Depan Disembur ‘Water Jet’, Netizen Pohon Pelaku Ditangkap

Setiap orang digalakan untuk membuat kebaikan terutamanya bagi insan yang memerlukan. Keprihatinan terhadap golongan ini juga mampu memberikan mereka semangat untuk berjuang meneruskan hidup walaupun di timpa pelbagai musim.

Namun, ada sesetengah manusia yang sanggup bertindak kejam dan tidak berhati perut terhadap golongan yang tidak berkemampuan ini. Tular di media sosial, sebuah video yang memperlihatkan seorang gelandangan telah disembur dengan jet air ketika sedang tidur di hadapan sebuah kedai.

Tak patut buat macam ni…

Video ini telah tersebar secara meluas dan turut mendapat perhatian daripada warga pengguna laman Facebook. Video ini juga telah mendapat hampir 445,000 tontonan dan juga lebih dari 1,800 perkongsian oleh para netizen.

Kasar mainan dia..patut x buat cmni kepada beliau??? Location sape tahu dekat mne Ni? #viral #viralvideo #trending #pengkianat #jenayah #malaysiakini

Posted by Turtle Media on Wednesday, December 25, 2019

Ramai juga yang dilihat meluahkan perasaan tidak kepuasan hati tindakan yang dilakukan oleh pelaku terhadap gelandangan tersebut. Pandangan dan luahan tersebut rata-ratanya telah ditinggalkan menerusi ruangan komen.

“Benda macam tak ada adab!”

Menjawablah nanti kau dengan tuhan!

Dia tidur & tak ganggu orang pun

Ramai juga yang memohon agar si pelaku ditangkap dan dikenakan tindakan serta balasan yang sewajarnya.

Sebagai seorang manusia yang beruntung, si pelaku sewajarnya tidak melakukan perkara berkenaan dan menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih berhemah.

Sumber: Turtle Media.

Continue Reading
Advertisement

Trending