Connect with us

WTF

Gelak Ketika Majlis Pengkebumian Nenek, Penyakit ‘Joker’ Benar-Benar Wujud!

Sebuah filem blokbuster arahan Todd Philips baru-baru ini, iaitu Joker telah mendapat perhatian masyarakat terutamanya peminat filem-filem DC.

Jika sebelum ini, watak joker diinspirasikan daripada komik namun pada kali ini watak tersebut telah membawa satu kelainan.

Watak itu dikatakan mempunyai aura yang berbeza dengan watak Joker sebelumnya kerana filem ini lebih rapat dengan penonton dan melambangkan dunia realiti dimana mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami ‘penyakit gelak’ yang sukar dikawal.

Gelak tanpa henti semasa kematian nenek

Lebih mengejutkan apabila terdapat beberapa orang yang menyatakan bahawa mereka juga mempunyai penyakit yang sama seperti Joker.

Penyakit tersebut dinamakan sebagai ‘Pseudolbar affect’ (PBA) dimana pesakitnya akan mengalami ketawa atau menangis yang sukar dikawal, strok dan lain-lain.

Perkara yang lebih menyedihkan apabila mereka tidak mampu untuk mengawal ketawa atau tangisan ketika berada di dalam situasi yang tidak sepatutnya.

Menurut video tersebut, salah seorang daripada mereka telah dikatakan gila apabila dia sukar mengawal ketawanya ketika berada di majlis pengebumian neneknya. Manakala seorang lagi wanita mengalami pengalaman dimana dia menangis tanpa henti walhal dia tidak berasa sedih atau marah.

Itulah penderitaan pesakit-pesakit PBA. Mereka sering berasa tertekan dan depresi yang akan mempengaruhi kehidupan harian mereka.

Sumber: WorldOfBuzz

 

 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending